MULAKAN HARI DENGAN BISMILLAH
<< February 2010 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28

 












 

 

 

 

 

 

 

 

 

 







SALINA IBRAHIM, lebih 15 tahun melibatkan diri sebagai pengarang genre kreatif & non kreatif. Menimba pengalaman dalam bidang kewartawanan akhbar dan majalah di beberapa penerbitan besar negara. Selain mengarang dan menulis, juga bertugas sebagai editor, mengendalikan bengkel penulisan, motivasi dan bina imej.

PESANAN

E-MEL: Klik
YM: salina.ibrahim

FACEBOOK
Klik Sini

FRIENDSTER
Klik Sini

SALINA v2
Klik Sini

BELI NOVEL SALINA
Klik Sini

****************

Renungan:

Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, permudahkanlah tugasku dan lepaskanlah simpulan dari lidahku supaya mereka faham akan kata-kataku. (Surah Taha: 25-28)




KARYA TERKINI!

Novel 'Bukan Yang Pertama' sudah berada di pasaran mulai 1 Oktober 2008 lalu. Selamat membaca!



KARYA SALINA IBRAHIM










Klik sini


MAJALAH
Klik sini







Page copy protected against web site content infringement by Copyscape


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


blogdrive






JENGAH MEREKA
Alumni MPR Azizi Abdullah Baha Zain Faisal Tehrani Aminhad Si Naganaga Ibnu Ahmad al-Kurauwi Hafizah Iszahanid Amiza Khusyri Ariff Mohamad Jaya Ramba Mawar Shafei John Norafizan Noor Suraya Nisah Haron Zulina Hassan SM Zakir Syarifah Salha Jiwa Rasa Zaiton Abu Samah Nazmi Yaakub Sri Diah Imran Yusuf Zurinah Hassan Ridzwan Bakar Warkah Ilmu Fauzul Naim Ishak Maslyna Sabry Ida Farhani Sidiq








 
Sunday, September 13, 2009
blog satu lagi

Assalamualaikum,

Jika blog ini lama tidak diupdate, sila berkunjung ke blog saya yang satu lagi. Mungkin ada kemas kini di sini.

Selamat membaca, selamat menghabiskan saki-baki Ramadan & selamat berhari raya Aidilfitri.Big Smile

Posted at 02:54 pm by salina21
Comment (1)  

 

 
Sunday, August 30, 2009
mahligai...

Salam Ramadan.

Sedikit perkembangan terkini novel paling lama saya Mahligai, terbitan CESB 2001. Catatan dari blog sahabat, novelis dan penulis skrip, Maizura Ideris.

Silalah baca di sini

Posted at 09:17 pm by salina21
Make a comment  

 

 
Saturday, June 13, 2009
'Bukan Yang Pertama' di PNM

 

 

ALHAMDULILLAH, novel Bukan Yang Pertama (BYP) dipilih oleh Perpustakaan Negara Malaysia  (PNM) untuk 'projek' 'pembekalan buku secara pembelian terus daripada penulis'.  Sebanyak 735 naskhah BYP akan dibeli oleh PNM secara terus daripada saya.

 

'Projek' beli buku secara terus daripada penulis didanai oleh peruntukan khas daripada Kementerian Kewangan bagi memperoleh buku secara terus daripada penulis dengan kadar yang telah ditetapkan.

 

Tahniah untuk sahabat-sahabat penulis PTS yang sama-sama terpilih; boleh baca senarai penulis di blog Puan Ainon; (klik), dan sahabat penulis dari penerbitan lain yang tersenarai untuk tahun ini.

 

Alhamdulillah, rezeki 2009!

 

***

Kunjungi blog satu lagi di sini

 

 

Posted at 09:43 am by salina21
Comments (3)  

 

 
Tuesday, June 09, 2009
lulus BI untuk lulus SPM?

SPM: Lulus BI wajib?

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu lagi perkara yang memerlukan pandangan orang ramai ialah pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah pada masa ini yang tidak melibatkan pengajaran tatabahasa tetapi hanya untuk berkomunikasi.

“Kementerian Pelajaran bukan hendak buat apa-apa keputusan atau cadangan berhubung kedua-dua perkara itu.

“Saya sekadar melontarkan perkara itu kepada masyarakat untuk mendapatkan pandangan. Saya anjurkan supaya ada maklum balas masyarakat dalam bentuk debat,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran ditemui pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung pertama Persatuan Alumni Maktab Kirkby Malaysia di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di Bukit Kiara di sini hari ini.

Hadir sama presiden penaja persatuan alumni itu, Tan Sri Yahaya Ibrahim.

Muhyiddin menambah, memandangkan beliau hanya ingin mengumpul pandangan berhubung kedua-dua perkara itu maka tiada sebarang tempoh yang ditetapkan untuk orang ramai mengemukakan pendapat.

“Mempelajari bahasa Inggeris tetapi tidak mewajibkan pelajar untuk lulus subjek berkenaan dalam SPM menjadikan standard bahasa Inggeris merosot.

“Saya juga memerlukan pandangan masyarakat mengenai pembelajaran bahasa Inggeris pada hari ini yang tidak melibatkan pengajaran tatabahasa tetapi untuk perbualan,” jelasnya.

Muhyiddin menambah, beliau melihat dua perkara itu dari sudut bagaimana kerajaan hendak tingkatkan keupayaan dan penguasaan bahasa Inggeris.

“Adakah ketiadaan syarat yang mewajibkan lulus bahasa Inggeris untuk lulus SPM menjadikan pelajar kurang minat menguasai bahasa Inggeris?” soal beliau.

Timbalan Perdana Menteri menambah, masyarakat perlu memberi pandangan sama ada pelajar luar bandar akan menjadi mangsa jika bahasa Inggeris dijadikan subjek wajib lulus untuk lulus dalam SPM.

“Pada masa ini, lebih kurang 70 peratus pelajar boleh dikatakan lulus bahasa Inggeris tapi kalau lulus dan tidak menggunakan bahasa itu ia tidak membawa apa-apa.

“Bolehkah pelajar memberi perhatian lebih serius dalam subjek Bahasa Inggeris jika ia salah satu subjek wajib lulus untuk mereka lulus SPM. Saya mahu masyarakat memikirkan perkara ini,” katanya.

(Sumber: Utusan Online, 9 Jun 09)

 

Saudara saya mengeluh dengar berita ini. Anaknya  yang bersekolah menengah di kampung akan ambil SPM beberapa tahun lagi. Kalaulah wajib lulus BI untuk lulus SPM, nampaknya dia kena paksa anaknya supaya belajar lebih tekun lagi subjek ini.

"Cukup makan je selama ni. Lebih kerap merah daripada biru," begitu katanya. Dia tidak nafikan, memanglah idea lulus BI untuk lulus SPM itu baik, tetapi bagi budak sekolah kampung macam anaknya, bukan satu perkara mudah.

"Kena kerja kuatlah mulai sekarang. Hantar anak ke kelas tambahan BI," tambahnya.

Saya dengar saja bebelannya di telefon. Kasihan juga...

Posted at 08:52 pm by salina21
Make a comment  

 

 
Sunday, June 07, 2009
beberapa jam di sayong lembah

 

Kak Ila (kiri) sedang menerangkan cara penghasilan labu sayong pada saya, Lin & Kak Yatie. (Foto: Ismadi)

Saya singgah di Kampung Sayong Lembah beberapa minggu lalu selepas habis tugasan di Kuala Kangsar. Berjumpa kakak angkat Achiek, Kak Ila; pengusaha labu sayong di sana. Melihat langkah demi langkah penghasilan labu yang disebut orang; 'labu sayong'. 

 

Saya dan Lin terlebih teruja tetapi saya berjaya juga kawal nafsu membeli. Saya pernah ada labu air warna hitam tetapi suatu hari pecah ketika saya angkat tangkainya yang ramping. Jadi, saya beli sebuah labu air berwarna hitam untuk mengganti labu air yang pecah beberapa tahun lepas.

 

Menarik melihat langkah demi langkah yang diterangkan Kak Ila dalam menghasilkan labu. Tanah liat (yang khas dibeli, bukan main ambil saja dari Sungai Perak, kata Kak Ila) dibancuh dan dituang ke dalam acuan. Acuannya dihasilkan daripada simen (yang digunakan untuk simen orang yang patah anggota tubuh, saya lupa istilah sebenarnya).

 

Selepas keras, labu dikeluarkan dan digunakan mesin khas untuk membentuk labu (jadi ramping dan sebagainya). Langkah ini perlukan latihan yang akan jadikan kerja makin sempurna. Seperti kata Kak Ila, ketika mula-mula beliau buat kerja ini dulu, labu asyik terpelanting, rosak dan pelbagai lagi.

 

Selepas itu diukir pula lakaran pada labu. Yang ini saya paling suka. Seni betul orang yang pandai membuatnya. Kak Ila beri saya peluang mencuba, masya-Allah, nampak senang, tetapi sebenarnya tidak semudah yang dilihat.

 

Usai mengukir, dijemur sehingga kering, kemudian barulah dibakar. Untuk dapatkan labu sayong berwarna hitam, selepas dibakar, labu akan dimasukkan ke dalam sekam; barulah jadi hitam.

 

Begitulah lebih kurang; mungkin ada langkah yang tertinggal. Saya pun tak berapa ingat sangat. Tetapi rasa-rasanya saya nak kembali ke Kampung Sayong Lembah, untuk mendalami lebih lanjut proses pembuatan labu  ini. Mungkin untuk hasilkan satu karya kreatif seperti novel Bukan Yang Pertama…

 

Bila ya?

 

 

 

Posted at 06:37 pm by salina21
Make a comment  

 

 
Wednesday, June 03, 2009
anak siapalah ini!

 

Saya sudah beberapa kali menulis mengenai gelagat (calon) penulis yang baru hendak cuba-cuba jadi penulis. Saya rasa malas hendak menulis lagi mengenai ‘perangai’ mereka ini. Tetapi kalau tidak tulis, rasa tidak patut pula kerana mereka ini memang patut ‘diajar’ dan ‘ditegur’.

 

Saya tidak nafikan anak-anak muda sekarang (saya pun muda juga tetapi ada yang lebih muda daripada saya!) memang advanced dan tidak tahu takut pun. Dahulu waktu saya mula bertatih untuk jadi penulis dan berusaha menempatkan karya di media, saya cukup gentar dengan orang yang berjawatan editor.

 

Kalau hendak mengarang surat untuk ruangan ‘surat pembaca’ atau ruangan reaksi yang sekitar lima enam perenggan, perah idea macam nak pecah kepala, menulis dengan tulisan yang sehabis cantik (sebab zaman itu belum ada mesin taip, jauh sekali komputer), edit berkali-kali (habis berkajang-kajang kertas dan kering liquid paper sebotol) dan pastikan tiada ejaan salah.

 

Maklumlah hendak hantar surat pada editor, mestilah beri yang terbaik. Kalau tidak, editor tentu tak pandang pun surat kita. Bertuah benarlah kalau surat itu tersiar, kecoh riuh satu asrama.

 

Tetapi malangnya, remaja hari ini main hentam keromo sahaja menghubungi editor melalui e-mel dan melontar soalan sesedap rasa. Langsung tidak pandai beri salam, tidak beri nama penuh dan tidak tahu menggunakan kata hormat. Ini salah satu e-mel yang saya terima baru-baru ini:

 

Daripada: ....@yahoo.com>
Kepada: ...@karangkraf.com.my
Dihantar: Khamis, 21 Mei, 2009 5:14:47
Subjek:

 

salam..

 nk tanye

1) mcamne cara nk htr karya?

2) majalah mane yang sesuai utk htr karya spt puisi,sajak?

 

TQ..

 

Kebetulan e-mel ini dikirim ke alamat e-mel rasmi, yang hanya saya buka seminggu sekali.  Jadi, saya memang tidak dapat memberi respons dengan segera. Dua hari selepas e-melnya tiba (dan belum dapat reaksi daripada saya), sampai satu lagi e-mel daripada pengirim yang sama:

 

From: …@yahoo.com
Sent: Saturday, May 23, 2009 9:38 AM
Subject: Re:

 

nape x reply........

 

 

 

Dalam hati, saya rasa hendak tergelak juga dengan gelagat kebudak-budakan begini. Tetapi selepas itu, saya rasa hendak marah dan ‘menyampah’.

 

Tidak pastilah saya sama ada si pengirim ini remaja belasan tahun, remaja 20-an atau si tua bangka yang perasan muda. Tetapi nama gelaran pada e-melnya  dan bahasa yang digunakan - begitu biasa di kalangan anak remaja belasan tahun.

 

Kalau adik-adik saya atau anak-anak saudara saya berbahasa begini, sudah lama saya tujal kepalanya. Hendak kata ibu bapa tidak pandai mendidik, tidak patutlah pula kerana semua ibu bapa mahu anak-anaknya berbudi bahasa. Hendak kata cikgu tidak pandai mengajar, marahlah pula cikgu-cikgu nanti kerana semua guru pasti akan bangga dengana anak didik yang bijak.

 

Jadi, salah siapa ya sebenarnya?

 

 

Posted at 08:35 am by salina21
Make a comment  

 

 
Tuesday, May 19, 2009
Kota Buku

 “Kerajaan memutuskan untuk mewujudkan sebuah pusat berkelompok bagi menjalankan aktiviti dan urusan berkaitan dunia buku secara lebih tersusun dan bersungguh-sungguh.

 

Penubuhan pusat ini bakal dinamakan Kota Buku diharapkan akan menjadi satu nucleus yang membolehkan para usahawan, persatuan dan perusahaan membabitkan buku beroperasi di bawah satu bumbung.

 

Kewujudan Kota Buku yang bakal dibangunkan di Kuala Lumpur diharap akan memberi manfaat yang besar kepada para sasterawan, penerbit, usahawan dan masyarakat pembaca di Malaysia, selain bermatlamat untuk membawa pulangan jangka panjang bagi menarik pengusaha buku Asia untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat dagangan buku utama di rantau ini.

 

Pendek kata, Kota Buku ini apabila beroperasi kelak bakal menjadi mercu tanda baru Kuala Lumpur, sekali gus menjadi tarikan pelancong dengan imej sebagai Kota Raya Ilmu.”  

 

Sumber: Ucapan Timbalan Perdana Menteri; merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, di majlis pertemuan bersama sasterawan Malaysia dan pelancaran koleksi buku terjemahan siri sastera Malaysia, di Hotel Shangri-La, Putrajaya, 19 Mei 2009.

 

NOTA:

* Kota Buku – macam mana agaknya rupa Kota Buku yang dibayangkan TPM ini? Kita tunggu dan lihat! 

* Saya seronok jumpa sahabat-sahabat penulis (muda) dan berbesar hati dapat jumpa penulis-penulis lama dalam majlis ringkas ini. Mudah-mudahan ada perkembangan positif  & berita baik.

* Suka sangat puisi SN A. Samad Said berjudul 'Hidup Bersama' yang dideklamasikan oleh TPM.

* Saya bisik pada Kak Zaiton Abu Samah selepas Tan Sri Muhyiddin selesai beri ucapan, "Saya rasa... saya mula 'suka' Muhyiddin la kak." ;-) Terlalu awal agaknya saya bagi statement ni...hmmmm. Sekali lagi, tunggu dan lihat... 

 

 

 

 

Posted at 08:13 pm by salina21
Comments (4)  

 

 
Wednesday, April 15, 2009
update, update!

Macam mana saya boleh tak sedar, blog ini sudah lama sangat tidak dikemas kini. Nyaris lupa password!

Banyak sangat yang berlaku dalam tempoh dua tiga bulan ini. Sibuk berganda; dengan majalah, dengan training, aktiviti terbaru sebagai sukarelawan, projek tahunan, novel siri-siri, novel terbaru; 24 jam jadi sangat terhad.

24 jam itu masih cukup sebenarnya, cuma kadangkala kita yang mengada-ada.

Minggu lepas (rasa-rasanya), saya dapat panggilan dari editor PTS Millenia yang memaklumkan Bukan Yang Pertama akan diulang cetak. Alhamdulillah, ini perkembangan baik. Rasanya saya tak mengigau masa itu, walaupun ketika terima panggilan itu saya sedang tidur (sebab hari itu MC)!

Pesta Buku Antarabangsa 2009 sudah dekat sangat. Saya tidak ada novel baru di pesta buku ini. Sudah beberapa tahun tidak ada buku baru waktu pesta buku. Saya mungkin turun ke pesta buku pada hari bekerja saja, tidak sempat pada hujung minggu sebab sudah ada aktiviti lain.

Novel terkini sedang menuntut perhatian. Saya tak sabar-sabar untuk habiskan buah tangan terbaru yang sudah lama saya mulakan.  Cuma masalahnya, kadangkala saya tak menang tangan. 

Tolong doakan saya ya!

Posted at 10:17 pm by salina21
Make a comment  

 

 
Sunday, January 25, 2009
belasungkawa arena wati

 

AL-FATIHAH. Hanya itu hadiah yang terbaik yang mampu saya sedekahkan ketika menerima SMS dari seorang sahabat di DBP mengenai kepulangan ke rahmatullah Sasterawan Negara, Arena Wati kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

 

(Minggu lepas (semasa program diskusi karya Alumni MPR), Prof. Rahman Shaari sudah bercerita agak panjang lebar pada saya mengenai Allahyarham yang ketika itu ditahan di wad.) 

 

Dalam barisan SN, karya Arena Wati sudah saya telaah sejak usia 16 tahun. Di kalangan beberapa orang rakan di sekolah ketika itu, Trilogi Sakura Mengorak Kelopak, Kuntum Tulip Biru dan Bunga Dari Kuburan yang baru masuk ke perpustakaan – berpindah-pindah dari satu tangan ke satu tangan. Kebetulan berkawan baik dengan AJK perpustakaan, saya jadi orang pertama yang membaca ketiga-tiga buku itu sebelum lunyai di tangan orang lain.

 

Ketika itu, Sakura Mengorak Kelopak paling terkesan di hati, sehingga saya hanyut dalam keunikan budaya Jepun, kagum dengan Atan, Michiko dan Saira. Dalam hati, saya begitu ingin bertemu pengarangnya dan pengarangnya hanya saya temui ketika menyertai MPR  tiga tahun kemudian. 3 SN sekali gus (Arena Wati, SN Shahnon Ahmad dan SN Pak Samad Said) jadi SN undangan dalam program MPR kami.

 

Saya kagum melihat dia membuat perbentangan kepada kami lengkap dengan rajah dan gambar-gambar yang saya sendiri tak berapa faham. Soalan pertama saya kepada Pak Arena Wati ketika berbual dengannya, "Watak Atan, Michiko dan Saira itu betul-betul wujud atau hanya rekaan bapak?" Dia tergelak mendengar soalan saya yang naif dan memberitahu, "Memang orangnya ada," juga memberitahu universiti tempat Atan mengajar.  

 

Sejak itu saya macam obses dengan karya Arena Wati. Selepas bekerja dan berduit, satu demi satu karyanya saya kumpul. Kebanyakan karya besarnya, Sakura Mengorak Kelopak, Kuntum Tulip Biru, Bunga Dari Kuburan, Rontok, Gami, Begawan, Meurouw Toga, Meniti Kala, Sukma Angin, Sudara (dekat 10 kali ulang baca!), Trilogi Armageddon, Trilogi Busa, sudah jadi koleksi kesayangan. Beberapa yang lain, sudah ada dalam senarai untuk dibeli.

 

Yang pasti saya akan terus mengaguminya dan menelaah karyanya tanpa jemu. Saya mungkin kurang mesra dengan orangnya tetapi rasa-rasanya saya cukup mesra dengan karya-karyanya.

 

Daripada Allah kita datang, dan kepada Allah kita kembali. Semoga Allah tempatkan rohnya di kalangan orang beriman dan ilmu yang disampaikan lewat karya-karyanya akan jadi saksi yang memudahkan perjalanannya ke alam sana. Insya-Allah.

 

Posted at 11:17 am by salina21
Comment (1)  

 

 
Sunday, January 18, 2009
diskusi Bukan Yang Pertama

 

Walaupun kulit depan novel ‘Bukan Yang Pertama’ dihiasi gambar wanita cantik yang menutup aurat yang merupakan salah satu ciri novel popular (Rosnah Baharudin dan Mawar Shafei, 2008) tetapi ternyata novel ini dapat dikategorikan sebagai novel serius yang menghidangkan tema dan persoalan serius iaitu Islam sebagai addin, masalah pengangguran dan cara mengatasinya.

 

Pengarangnya sebagai seorang graduan syariah pengajian Islam sangat memahami kesyumulan Islam sebagai cara hidup keluarga. 

 

Malah novel ini dapat dikategorikan sebagai novel motivasi dan pembangunan jiwa dengan Islam sebagai tonggaknya.

 

Novel ini juga bersifat mendidik dengan kelembutan jiwa pengarangnya dan sangat dianjurkan supaya dibaca oleh pembaca bagi mengetahui kesyumulan Islam sebagai agama wahyu.

 

(Petikan kertas kerja ‘Bukan Yang Pertama: Novel Motivasi dan Pembangunan Jiwa’ oleh Dr. Rosnah Baharudin yang dibentangkan di majlis Diskusi Karya Mantan Minggu Penulis Remaja, 17 Januari 2009, Menara DBP, Kuala Lumpur)

Nota: Tahniah dan syabas kepada adik-adik alumni MPR yang berjaya melaksanakan majlis diskusi ini dengan baik dengan kehadiran tetamu yang agak memberangsangkan.

Posted at 09:09 am by salina21
Comments (2)  

 

Next Page