MULAKAN HARI DENGAN BISMILLAH
<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

 












 

 

 

 

 

 

 

 

 

 







SALINA IBRAHIM, lebih 15 tahun melibatkan diri sebagai pengarang genre kreatif & non kreatif. Menimba pengalaman dalam bidang kewartawanan akhbar dan majalah di beberapa penerbitan besar negara. Selain mengarang dan menulis, juga bertugas sebagai editor, mengendalikan bengkel penulisan, motivasi dan bina imej.

PESANAN

E-MEL: Klik
YM: salina.ibrahim

FACEBOOK
Klik Sini

FRIENDSTER
Klik Sini

SALINA v2
Klik Sini

****************

Renungan:

Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, permudahkanlah tugasku dan lepaskanlah simpulan dari lidahku supaya mereka faham akan kata-kataku. (Surah Taha: 25-28)




KARYA TERKINI!

Novel 'Bukan Yang Pertama' sudah berada di pasaran mulai 1 Oktober 2008 lalu. Selamat membaca!



KARYA SALINA IBRAHIM










Klik sini


MAJALAH
Klik sini







Page copy protected against web site content infringement by Copyscape


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


blogdrive






JENGAH MEREKA
Alumni MPR Azizi Abdullah Baha Zain Faisal Tehrani Aminhad Si Naganaga Ibnu Ahmad al-Kurauwi Hafizah Iszahanid Amiza Khusyri Ariff Mohamad Jaya Ramba Mawar Shafei John Norafizan Noor Suraya Nisah Haron Zulina Hassan SM Zakir Syarifah Salha Jiwa Rasa Zaiton Abu Samah Nazmi Yaakub Sri Diah Imran Yusuf Zurinah Hassan Ridzwan Bakar Warkah Ilmu Fauzul Naim Ishak Maslyna Sabry Ida Farhani Sidiq








 
Wednesday, January 07, 2009
diskusi Bukan Yang Pertama

 

MAJLIS DISKUSI KARYA

MANTAN MINGGU PENULIS REMAJA (MPR)

 

Anjuran: Alumni Minggu Penulis Remaja & Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan, Dewan Bahasa dan Pustaka

Tarikh: 17 Januari 2009 (Sabtu)

Jam: 8.30 pagi - 12.30 tengah hari

Tempat: Dewan Seminar, Aras 2, Menara DBP

 

Sesi 1

* Diskusi puisi eceran

(dibicarakan oleh Professor Rahman Shaari)

 

* Diskusi cerpen eceran

(dibicarakan oleh Dr Mawar Shafie)

 

* Novel BUKAN YANG PERTAMA karya Salina Ibrahim

(dibicarakan oleh Dr. Rosnah Baharudin)

 

 

Sesi 2

* Antologi Cerpen KACAK JELITA

(dibicarakan oleh Encik S.M.Zakir)

 

* Kumpulan cerpen ESPRIT DE CORPS karya Nimoiz T.Y

(dibicarakan oleh Dr Amida Abd Hamid)

 

* Kumpulan cerpen UJANA RINDU karya Mohd Ashadi Saiman & Siti Hajar Mohd Zaki

(dibicarakan oleh Dr Kamariah Kamaruddin)

 

 

Nota:

* Masuk percuma.

* Terbuka pada umum; para penulis, pembaca, penelaah, pemerhati, peminat, pencinta ilmu sastera tanah air, sesiapa saja yang tidak ada apa-apa aktiviti pada hari berkenaan dan teringin nak hadir sama. 

* Tema pakaian untuk Alumni MPR: Merah

* Sebarang pertanyaan mengenai majlis ini, e-mel: aktivitimpr@gmail.com

 

Posted at 07:35 pm by salina21
Comments (2)  

 

 
Saturday, December 27, 2008
bila nak switch on / off

Saya pernah pasang hasrat untuk jadi penulis sepenuh masa. Dengan kata lain, berhenti kerja makan gaji dan fokus kepada kerja penulisan saja. Saya akan terima dua respons kalau saya bercerita dengan kawan-kawan.

 

Grup pertama akan kata, “Jangan dulu. Kerja susah sekarang. Ekonomi global makin teruk. Susah, susah…”

 

Grup kedua pula kata, “Apa salahnya? Orang dah ada nama. Senang nak buat apa yang engkau suka…”

 

Saya mempertimbangkan semuanya. Membaca masa depan, tengok kekuatan diri sendiri, macam-macam lagi.

 

Selagi masih ‘kerja makan gaji’, memang tidak banyak kerja sendiri yang boleh dibuat. Waktu pejabat memang sahlah untuk kerja pejabat. Habis waktu pejabat pun, kadangkala kerja pejabat masih perlu dibawa ke rumah.  Selepas itu, kalau ada lagi masa lapang, kalau ada stamina, mental dan fizikal masih larat, barulah boleh fikir mengenai kerja kreatif sendiri (novel, cerpen dan sebagainya).

 

Sebab itu saya tak boleh keluarkan novel selalu, tak seproduktif sesetengah penulis, boleh keluarkan dua tiga novel setahun. Saya rasa tak mampu nak perah minda siang malam. Saya kalau dapat sebuah setahun, Alhamdulillah, itu sudah cukup bagus.

 

Macam mana nak buat, jadi saya terpaksa switch on & switch off selalu.  Apabila bosan tulis (menaip) karya A, saya berhenti lalu buka fail karya B. Switch off minda pada karya A, dan switch on minda untuk meneruskan karya B. Menulis rencana untuk majalah juga begitu, jadi secara tak langsung, saya dapat hasilkan dua rencana dalam masa yang hampir serentak. Tapi yang bahayanya, selalu juga berlaku (pada karya kreatif), saya switch off dan langsung tak boleh on lagi! Maka terperaplah karya bertahun-tahun, tak tahu asal punca lagi…

 

Sekarang… saya sedang mencari kekuatan, lagi dan lagi untuk meneruskan penulisan dua novel yang sudah saya mulakan. Yang satu sudah separuh jalan, yang satu lagi baru mula atas permintaan. Bila nak siap? Kawan-kawan yang prihatin asyik bertanya, tapi saya tidak mahu beri jawapan. Saya harap ‘bantuan dari langit’, minta Allah beri kekuatan untuk habiskan apa yang sudah dimulakan.

 

Mungkin terpaksa buat seperti Bukan Yang Pertama, yang setiap minggu dikejar editor. Jadi suka tak suka, letih atau tidak, ada idea atau tidak, kena paksa diri menulis juga. Saya sering tertanya-tanya tapi persoalannya lagi, siapa yang nak jadi ‘tukang kejar’ (tanpa gaji)?

Big Smile 

 

 

Posted at 10:55 am by salina21
Comment (1)  

 

 
Tuesday, December 16, 2008
hadiah kasut untuk tuan

Bush dibaling kasut


DIAIBKAN... (Gambar besar) Muntadar Al-Zeidi bangun secara tiba-tiba dari tempat duduk bahagian pemberita dengan memegang kasut di tangan kanannya ketika Bush dan Perdana Menteri Iraq, Nuri Al-Maliki mengadakan sidang akhbar bersama di Baghdad, semalam manakala gambar di bawah (dari kiri ke kanan) dia melontar kasut ke arah Bush sambil melaungkan "Ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing! Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq." Bush mengelak kasut yang dilontar dan berselindung di sebalik rostum ketika Muntadar mencapai satu lagi kasutnya sebelum melontar ke arah Bush sambil diperhatikan oleh Nuri Al-Maliki yang tergamam. – AP


BAGHDAD 15 Dis. – Seorang wartawan Iraq membaling sepasang kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semasa lawatan perpisahan beliau ke Iraq, semalam.

Insiden itu menonjolkan kebencian mendalam yang terus dirasai di negara ini terhadap Bush yang mengakui perang di Iraq masih belum dimenangi.

Wartawan berkenaan, Muntazer al-Zaidi bangun sewaktu Bush mengadakan sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik seraya menjerit dalam bahasa Arab, "ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!" lalu membaling kasut yang dipakainya.

"Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq," jerit Muntazer, wartawan untuk televisyen Al-Baghdadia, sebuah stesen milik Iraq berpangkalan di Kaherah

(sumber: Utusan Online, 16 Dis 08)

Nota: Saya tertanya-tanya wartawan Malaysia berani tak buat begini? Dalam pada berfikir-fikir apa tindakan yang akan diambil oleh pemerintahnya terhadap Sdr Muntazar Al-Zaidi selepas ini, saya juga cuba membayangkan apa  yang mungkin akan dilakukan pemerintah kita jika ada rakyat kita yang bertindak begini terhadap pemimpin luar yang berani mengacau ketenteraman negara ini... 

Posted at 07:23 pm by salina21
Make a comment  

 

 
Thursday, December 11, 2008
cerita raya yang tak raya

 

 

Aidiladha tidak semeriah Aidilfitri. Memang terasa sangat. Kalau Aidilfitri, jam 8 pagi, budak-budak sudah bagi salam depan pintu, datang untuk kutip duit raya. Tetapi Aidiladha, hampir tiada budak-budak singgah, kecuali kawan-kawan sekolah anak saudara yang memang selalu singgah tidak kira hari raya atau tidak.

 

Kemeriahan Aidiladha kurang terasa. Cuma yang membuatkan terasa rayanya hanya pada takbir raya yang berkumandang kerap di kaca televisyen.  Saudara mara pun tidak ramai bertandang. Rakan-rakan dan saudara mara tidak ramai yang balik kampung. Jadi aktiviti ziarah-menziarahi jelas tidak rancak.

 

Tetapi seperti biasa, kami adik-beradik yang bertandang ke rumah tertentu yang semacam jadi wajib dikunjungi setiap hari raya.  Seperti selalu, tuan rumah juga sudah tahu dan memang menanti-nanti kedatangan kami. Jadi kalau tidak ziarah, jelas terasa seperti ada yang tidak kena.  

 

Kalau dikenang-kenang semula, memang terasa beza benar raya dahulu (zaman budak-budak) dengan raya sekarang. Tidak banyak yang saya ingat raya zaman dulu-dulu kecuali duit raya yang umumnya sekitar RM0.10 sen atau RM0.20 sen. Itupun sudah kira banyak sangat. Tetapi sekarang, paling sedikit orang bagi RM0.50 dan RM1.00.

 

Kalau dahulu pergi raya, tuan rumah wajibkan kita masuk ke rumahnya, jamah dulu apa yang ada. Tapi budak-budak sekarang, boleh selamba beritahu tuan rumah, “kami tak mau makan, nak duit raya saja.” Malah, ada yang tak mahu masuk rumah langsung, terima duit raya depan pintu saja. Maaf, betul-betul rasa macam peminta sedekah! (Waktu saya kecil-kecil dulu, ada peminta sedekah mualaf selalu singgah di rumah kami dan lepas diberi duit RM0.50 atau RM1.00 atau secawan beras, mereka pun beredar.) Itulah yang saya rasa apabila tengok gelagat kanak-kanak sekarang…

 

Saya cuba cari balik catatan suasana hari raya, yang terjumpa hanya sedikit dalam novel Bukan Yang Pertama. Tetapi apabila baca semula, banyak kenangan lalu yang terimbau…

 

 

 

 

 

 

Posted at 09:18 pm by salina21
Make a comment  

 

 
Friday, November 21, 2008
meja kerja kreatif

 

Sudah lama saya tangguh assignment  daripada Nazmi  untuk menulis mengenai meja kerja.

 

Saya tidak ada meja kerja (meja dalam erti kata sebenar). Meja makan hanya digunakan untuk makan tetapi hampir tidak pernah digunakan untuk buat kerja pejabat/kreatif. Saya bekerja di mana-mana saja di rumah. Ruang kerja saya 'besar', di seluruh rumah terutamanya ruang tamu.

 

Kalau ingin layari internet, saya akan 'menetap' di ruang tamu, sebab modemnya terpasang di situ, tidak boleh ditarik ke sana ke mari (sekarang tengah fikir berkali-kali nak tukar ke broadband pula!). Bekerja di ruang tamu, dengan televisyen terpasang, juga buku-buku yang bersusun di sebelah, kadangkala jadi gangguan. 

 

Selalunya bukanlah gangguan besar sangat, tetapi kalau benar-benar ingin fokus, mesti keluar dari sambungan internet, lalu bawa laptop ke tempat lain (masuk bilik tidur, duduk di sofa atau bilik buku). Bateri laptop boleh tahan beberapa jam, cukup untuk menulis sebuah draf pertama yang 'kasar'.

 

Laptop saya 'duduknya' atas kamus sebab kamus tebal (boleh ganti meja!). Ketika ini, saya sedang membaca beberapa buah buku dan majalah. Majalah Cahaya kiriman sahabat baik di Jakim, Kamus Bahasa Melayu Nusantara (kiriman Ryn dari Brunei beberapa tahun lepas), buku Membina Anak-anak Cemerlang cenderamata Dr. Rozieta Shaary (terima kasih Dr., ini salah satu buku keibubapaan yang saya suka sebab olahannya yang menarik), Mengapa Saya Bekerja (susunan Ir. Endok Sempo Mohd Tahir) – saya diminta oleh penerbit PTS untuk beri testimonial pada buku ini, novel sendiri 'Bukan Yang Pertama' – tengah buat semakan apa yang tak kena, Ombak Bukan Biru karya lama Fatimah Busu, Karbala oleh Faisal Tehrani, dan saya juga tengah 'gila' membaca buku hikayat lama (yang telah dimodenkan) seperti Hikayat Datuk Merpati, Kisah Cendawan Putih, Hikayat Inderaputra, Hikayat Marakarma, Hikayat Patani. Semuanya saya baca bergilir-gilir, sebab saya jenis yang tidak boleh membaca satu buku sahaja pada satu-sama masa.

 

Ada juga beberapa botol minyak wangi dekat tempat saya bekerja, sebab kalau mood tidak bagus, semburan haruman itu boleh membangkitkan mood saya. Tetapi bukanlah perfume mahal pun, semuanya cenderamata dari klien (yang tak perlu disebut jenamanya, takut jadi iklan percuma). Bagi saya, asal ada bau wangi cukuplah! 

 

Rasanya saya sama seperti rakan-rakan penulis lain, yang boleh menulis di mana sahaja. Saya selalunya akan 'berpindah' tempat ikut suka dan ikut mood. Kononnya ada SOHO di rumah, tetapi SOHO akhirnya jadi separuh bilik buku & separuh stor! Saya tidak boleh buat kerja di sana sebab rasa terkurung dalam bilik kecil itu dan juga tidak boleh berenggang dengan televisyen!

 

Di ruang inilah juga dulu saya menyudahsiapkan novel ke-6 'Syurga Di Hati' (yang saya bawa dari rumah sewa di Damansara Damai). Di sini juga saya mulakan dan siapkan novel 'Bukan Yang Pertama' – bermula daripada proposal untuk Utusan Malaysia sehinggalah siap suntingan akhir sebelum diserahkan kepada PTS. Cuma BYP dimulakan dengan laptop lama saya yang terpaksa ditrade in dengan harga RM300 untuk sebuah Acer Aspire 4920 (bersama pencetak) yang berharga hampir RM4,000.

 

Kesimpulannya, tidaklah sempurna sangat tapi apa kisah, asal saya suka!

 

 

Posted at 10:21 pm by salina21
Comments (2)  

 

 
Wednesday, November 12, 2008
2 hari 1 malam

 

 

DUA tahun lalu (kalau tidak silap kiraan), saya menyertai sekumpulan pelancong asing (antaranya dari Jepun, AS, Korea) dan wartawan ke majlis pelancaran Homestay Bagan Datoh di Perak. Saya agak teruja hendak ke sana, sebab saya ada ramai kawan sekolah (SISTA, Ipoh) yang berasal dari sana. Walaupun tahu saya tak mungkin dapat bertemu mereka apabila saya pergi kampung mereka kerana semua mereka sudah 'keluar' dari kampung, tetapi saya tetap seronok.

 

Dua hari satu malam saya di sana. Bersama seorang rakan wartawan dari 'majalah adik-beradik' (satu syarikat), kami diserahkan kepada seorang mak cik untuk menetap di rumahnya. Majlis penyerahan pelancong itu terasa macam penyerahan anak angkat dalam program khidmat siswa universiti.

 

Saya terasa begitu sebab masa di universiti saya pernah ikut program khidmat siswa sebanyak dua kali di Perak (Kampung Kayan Sitiawan & saya lupa kampung yang satu lagi tu…) Malah kami pun memang dilayan macam anak angkat budak universiti sebab kata mak cik tuan rumah, dia pernah beberapa kali menerima anak angkat dari kalangan budak universiti sebelum ini.

 

Pengalaman tinggal di homestay tidaklah happening sangat. Mungkin sebab saya pun asal dari kampung dan sudah biasa hidup dalam rumah kampung. Tetapi di kalangan pelancong asing, saya tengok mereka sangat teruja. Terutamanya ketika melawat kilang memproses kelapa (teringat balik masa belajar Ilmu Alam zaman sekolah rendah; Bagan Datoh memang terkenal dengan kelapanya!), saya tengok orang putih, orang Jepun, orang Korea inilah yang beria-ia mencuba kopek kelapa sampai merah-merah tangan.

 

Dan saya masih ingat juga, seorang budak perempuan Jepun excited sangat hendak panjat pokok kelapa selepas tengok demonstrasi memanjat kelapa oleh seorang penduduk. Comel sangat muka dia masa tu. Kawan-kawannya pula bersorak-sorak, dia lagilah naik 'sheikh', apatah lagi apabila  semua jurufoto 'tembak' kamera ke arahnya. Saya geleng kepala, dalam hati kata, "Habislah budak Jepun ni, dimain-mainkan oleh budak-budak foto lah pulak!"

 

Beberapa pengalaman kecil ini saya tuang ke dalam novel 'Bukan Yang Pertama' (BYP) setelah saya ubah suai dengan lokasi  homestay yang saya reka dalam BYP. Memang tak sia-sia pengalaman dua hari satu malam itu. Saya teringin nak ke sana semula, mungkin ada lagi yang menarik yang bakal saya dapat…   

 

 

 

Posted at 09:06 pm by salina21
Make a comment  

 

 
Sunday, November 02, 2008
sembang idea

Foto: Minah Tarzan (?) daripada Pro Corbis

 

SELALU saya ditanya, bagaimana beroleh idea? Ini soalan yang tidak patut ditanya pada seorang pengarang sebetulnya!

 

Macam-macam cara dapat idea. Selalunya saya tidaklah menung cari idea bawah pokok kelapa atau duduk bersunyi-sunyian (bukan berdua-duaan…) di tepi pantai. Itu gambaran klise yang selalu diberikan pada pengarang. Tetapi tidak dinafikan, memang ada jenis pengarang yang begitu.

 

Cara paling senang untuk dapat idea bagi saya, dengan bersembang. Borak kosong dengan kawan-kawan, kadangkala kosong, kadangkala berisi, sekali-sekala merapu, ada ketikanya bernas, kadangkala berjam-jam, sampai pukul 2-3 pagi, mungkin orang tengok lemas dan pelik, tetapi saya beroleh banyak faedah.     

 

Saya cuba juga cari idea dengan chat di Internet, tetapi rasa-rasanya kurang berkesan. Mungkin sebab ada beberapa perkara emosi yang kurang dapat disampaikan melalui laman chatting.

 

Novel 'Bukan Yang Pertama' – banyak beroleh idea daripada aktiviti sembang-sembang. Menulis novel bersambung-sambung dan asyik terganggu dengan segala macam kerja lain, kerap buat saya blank dan hilang arah. Jadi cara terbaik adalah mencari kawan-kawan yang boleh dibawa bersembang dan perbualan yang panjang itu selalunya membuka jalan ke arah pengembangan idea. 

 

Sebab itu biasanya apabila sedang berbual dengan rakan dan mereka bertanya, bagaimana saya dapat idea, maka saya jawab, "melalui sembang-sembang beginilah…!"

 

 

Posted at 09:42 pm by salina21
Make a comment  

 

 
Sunday, October 26, 2008
aktiviti sabtu (II)

 

Agak lama juga saya tidak hadiri aktiviti promosi buku secara terbuka. Tempoh sejam (waktu tengah hari buta, 1-2 pm) di SACC, Shah Alam, saya manfaatkan. Walaupun khalayak tidak ramai tetapi saya tahu, masih ada yang memberikan perhatian.

 

Dila (PR PTS) kendalikan talk show, kami berbincang beberapa persoalan yang biasa mengenai penerbitan dan kelahiran sesebuah novel. Biasa – tetapi selalunya itulah yang orang hendak tahu apabila sesebuah novel dihasilkan.

 

Seorang pembaca (lebih kepada bakal pembaca) mendekati saya, mengajukan beberapa soalan. Seperti biasa, jika lelaki yang bertanya, lebih kepada soalan-soalan teknikal. Antaranya mengapa saya memilih tajuk 'Bukan Yang Pertama' yang menjuduli novel kali ini? Ada atau tidak persoalan cinta dalam novel ini? (Saya andaikan beliau mungkin tidak berminat membaca jika novel ini total 'novel cinta' – kerana tanggapan banyak orang yang saya temui setakat ini; novel cinta adalah novel jiwang-jiwang!)

 

Dan saudara saya ini tersenyum-senyum apabila saya beri pendapat; elemen cinta dalam sesuatu karya kadangkala boleh jadi daya tarik yang akan 'memaniskan' lagi jalan cerita. Terima kasih Tuan Mejar Adnan dari Sepangar Bay, Sabah, harap-harap novel itu akan jadi buah tangan untuk orang rumah (walaupun katanya, dia hanya nak beli, belum tentu 'mampu baca'). Tidak mengapa, bacalah perlahan-lahan.

 

(Apabila sebut Sepangar Bay, saya spontan memuji pangkalan  TLDM Teluk Sepangar yang saya kunjungi setahun lalu. Serius, saya suka sangat lokasi itu dan masih terbayang-bayang betapa tersusunnya 'penempatan' tersebut. Dan sudah tentu, kediaman para pegawai yang lagi besar pangkat, lagi besar rumahnya! )

 

Entri lain mengenai SACC Bookfair di sini

 

Posted at 03:14 pm by salina21
Make a comment  

 

 
Friday, October 24, 2008
aktiviti sabtu

Foto: 123rf.com

Insya-Allah jika tiada aral, esok saya akan berada di lokasi berikut untuk sesi promosi novel terbaharu:

Tempat: SACC Mall, Shah Alam, Selangor

Tarikh: 25 Oktober 2008 (Sabtu)

Masa: 1-2 tengah hari

"Sudah lama tak buat kerja begini. Ada ke 'peminat'? Cewah...!" Shades

Posted at 08:22 pm by salina21
Make a comment  

 

 
Saturday, October 18, 2008
reviu Bukan Yang Pertama

Dunia Buku: Menggapai impian

Oleh Rashiqah Ilmi Abd Rahim
rashiqah@bharian.com.my




Graduan bersemangat kental harungi cabaran hidup

BUKAN Yang YANG Pertama karya Salina Ibrahim membawa pembaca menghayati senario hidup graduan menganggur, tetapi berjiwa kental dalam mengharungi liku kehidupan yang penuh konflik sebelum bergelar usahawan cemerlang.

Penampilan watak utama, Yasmin Zulaikha sebagai wanita 'sempurna' tidak sedikit pun menjadi persoalan kerana penulis berhasrat menonjolkan nilai murni kepada pembaca agar memanfaatkan sirah nabi dan sejarah Islam.

Konflik bermula apabila Yasmin, pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah, Universiti Malaya itu terpaksa mengambil keputusan pulang ke kampung halamannya di Desa Sempadan kerana gagal mendapatkan pekerjaan yang sesuai di kota.

Cabaran bertambah getir apabila watak protagonis itu terpaksa memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga sebaik ibunya tidak dapat memikul tugas itu kerana uzur manakala bapanya sudah meninggal dunia sejak Yasmin kecil lagi.

Bagi menunaikan amanat kedua-dua ibu bapanya dan membina kejayaan dalam kehidupan sebagai lulusan pusat pengajian tinggi, Yasmin berusaha membangunkan ekonomi desa dengan mengambil alih perusahaan kecil makanan kudapan tradisional yang diusahakan ibunya.

Gadis kuat semangat ini juga meluaskan bidang perniagaannya dengan menyertai program inap desa yang mula menjadi antara produk perniagaan di kawasan perkampungan dalam usaha menjana pendapatan sampingan.

Di sebalik kegigihannya itu, Yasmin terpaksa berdepan dengan kerenah adik angkatnya, Anis, remaja perempuan yang terjebak dalam gejala sosial meskipun dipelihara sejak kecil bersama-sama seorang lagi saudara angkat, Azlan.

Seperti biasa, novel remaja tidak akan lengkap sekiranya tidak dikaitkan dengan kisah cinta dan pengarang menghadirkan watak Ustaz Mustakim, duda beranak tiga dan Umar Khalil, sahabatnya ketika di universiti dalam percubaan menghangatkan lagi konflik.

Kedua-dua lelaki yang mempunyai kekuatan tersendiri mula mengocak hidup Yasmin apabila mereka berusaha memenangi hati gadis ini sehingga menimbulkan perasaan berbelah bahagi watak utama.

Bagi mencantikkan lagi konflik percintaan tiga segi, penulis mewujudkan watak Hasniah yang terpikat dengan penampilan Ustaz Mustakim dan Jason sebagai tetamu inap desa sehingga pembaca banyak berteka-teki akan perkembangan cerita.

Di sebalik pelbagai peristiwa, Umar Khalil tidak jemu memberi semangat kepada gadis itu untuk mengharungi cabaran hidup di samping murah hati membantu menguar-uarkan inap desa kelolaan Yasmin melalui media.

Plot sederhana yang ditampilkan penulis mudah dijangka oleh pembaca, tetapi aspek nilai hubungan kekeluargaan dan kekuatan semangat wanita muda yang ditonjolkan memancing pembaca untuk menguliti karya beliau sekali gus mendidik jiwa pembaca.

Buah tangan Salina wajar mendapat tempat di hati pembaca kerana beliau tidak melupakan aspek agama dalam setiap hasil penulisannya berbanding novel lain yang lebih mementingkan aspek duniawi semata-mata.

INFO: Bukan Yang Pertama

  • Pengarang: Salina Ibrahim
  • Tebal: 782 halaman


  • Penerbit: PTS Millinnia Sdn Bhd
  • Harga: RM34
  • Bintang: ****


Penulisan kreatif pilihan lulusan undang-undang

SALINA Ibrahim dilahirkan di Parit Buntar, Perak, pada 21 Februari 1972 dan mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Sungai Setar, Parit Buntar, sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh dan Tingkatan Enam di Sekolah Izzudin Shah, Ipoh.

Mengasah bakat dalam bidang penulisan kreatif sejak berusia 16 tahun dan novelnya Bukan Yang Pertama disiarkan secara bersiri dalam ruangan, Bicara Agama, Utusan Malaysia, sepanjang 2007.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan pengkhususan Undang-undang dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) ini menimba pengalaman dalam bidang kewartawanan akhbar dan majalah di beberapa syarikat penerbitan terkemuka negara.

Selain minat yang mendalam dalam bidang penulisan, beliau yang kini bertugas sebagai Editor Majalah Nur di Karangkraf turut mengendalikan bengkel penulisan, motivasi dan bina imej selain 100 cerpen garapannya mendapat tempat dalam pelbagai media cetak.
 
Sumber: Sastera, Berita Harian, 17 Oktober 2008

Posted at 09:19 am by salina21
Comments (2)  

 

Previous Page Next Page