Entry: diskusi Bukan Yang Pertama Sunday, January 18, 2009



 

Walaupun kulit depan novel ‘Bukan Yang Pertama’ dihiasi gambar wanita cantik yang menutup aurat yang merupakan salah satu ciri novel popular (Rosnah Baharudin dan Mawar Shafei, 2008) tetapi ternyata novel ini dapat dikategorikan sebagai novel serius yang menghidangkan tema dan persoalan serius iaitu Islam sebagai addin, masalah pengangguran dan cara mengatasinya.

 

Pengarangnya sebagai seorang graduan syariah pengajian Islam sangat memahami kesyumulan Islam sebagai cara hidup keluarga. 

 

Malah novel ini dapat dikategorikan sebagai novel motivasi dan pembangunan jiwa dengan Islam sebagai tonggaknya.

 

Novel ini juga bersifat mendidik dengan kelembutan jiwa pengarangnya dan sangat dianjurkan supaya dibaca oleh pembaca bagi mengetahui kesyumulan Islam sebagai agama wahyu.

 

(Petikan kertas kerja ‘Bukan Yang Pertama: Novel Motivasi dan Pembangunan Jiwa’ oleh Dr. Rosnah Baharudin yang dibentangkan di majlis Diskusi Karya Mantan Minggu Penulis Remaja, 17 Januari 2009, Menara DBP, Kuala Lumpur)

Nota: Tahniah dan syabas kepada adik-adik alumni MPR yang berjaya melaksanakan majlis diskusi ini dengan baik dengan kehadiran tetamu yang agak memberangsangkan.

   2 comments

salinaibrahim
January 22, 2009   10:17 AM PST
 
terima kasih abang. alhamdulillah jika dapat rasakan 'getaran' itu. saya dah mula tulis novel BYP (sekitar oktober 2006) sebelum saya kenal, baca dan tahu mengenai habiburahman. bukunya yg satu tu memang saya dah beli di jakarta sejak ogos 2006, tapi hanya saya baca betul-betul selepas namanya popular di sini.

insya-allah, lebih ramai penulis kita akan muncul dengan karya yang membangun jiwa.

apsal tak datang hari tu?
aminhad
January 21, 2009   10:59 AM PST
 
Salam Salina,
abang syok baca komen:
Novel dikategorikan sebagai novel pembangun jiwa dan penulis faham kesyumulan Islam.

wah, bisa meletup ini dik
dah setaraf mcm novel/ pendakwah seberang Habiburrahman tu,
alhamdulillah.

Tahniah!

Teruskan perjuangan dan diiringi
doa kejayaan dunia akhirat.
Amin.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments