|
Penubuhan pusat ini bakal dinamakan Kota Buku diharapkan akan menjadi satu nucleus yang membolehkan para usahawan, persatuan dan perusahaan membabitkan buku beroperasi di bawah satu bumbung.
Kewujudan Kota Buku yang bakal dibangunkan di Kuala Lumpur diharap akan memberi manfaat yang besar kepada para sasterawan, penerbit, usahawan dan masyarakat pembaca di Malaysia, selain bermatlamat untuk membawa pulangan jangka panjang bagi menarik pengusaha buku Asia untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat dagangan buku utama di rantau ini.
Pendek kata, Kota Buku ini apabila beroperasi kelak bakal menjadi mercu tanda baru Sumber: Ucapan Timbalan Perdana Menteri; merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, di majlis pertemuan bersama sasterawan Malaysia dan pelancaran koleksi buku terjemahan siri sastera Malaysia, di Hotel Shangri-La, Putrajaya, 19 Mei 2009. * Saya seronok jumpa sahabat-sahabat penulis (muda) dan berbesar hati dapat jumpa penulis-penulis lama dalam majlis ringkas ini. Mudah-mudahan ada perkembangan positif & berita baik. * Suka sangat puisi SN A. Samad Said berjudul 'Hidup Bersama' yang dideklamasikan oleh TPM. * Saya bisik pada Kak Zaiton Abu Samah selepas Tan Sri Muhyiddin selesai beri ucapan, "Saya rasa... saya mula 'suka' Muhyiddin la kak." ;-) Terlalu awal agaknya saya bagi statement ni...hmmmm. Sekali lagi, tunggu dan lihat...
|
| miss vogue whatever June 20, 2009 05:27 PM PDT salam... ini berita baik kepada diri saya yang sememangnya suka membaca. kita perlu memupuk semangat ini di dalam diri masing-masing | ||
| salina ibrahim May 23, 2009 12:07 AM PDT abang, harap-harap tak jadi 'kotak buku'... | ||
| aminhad May 22, 2009 11:45 AM PDT Salam Salina, semoga harapan kita jangan tinggal sebagai harapan sahaja. "Kota buku bukan kota kata yang abstrak semata-mata". Semoga kita terus "suka" kepada beliau. Salam. | ||
| aminhad May 22, 2009 11:45 AM PDT Salam Salina, semoga harapan kita jangan tinggal sebagai harapan sahaja. "Kota buku bukan kota kata yang abstrak semata-mata". Semoga kita terus "suka" kepada beliau. Salam. | ||
| Leave a Comment: |