|
Saya sudah beberapa kali menulis mengenai gelagat (calon) penulis yang baru hendak cuba-cuba jadi penulis. Saya rasa malas hendak menulis lagi mengenai ‘perangai’ mereka ini. Tetapi kalau tidak tulis, rasa tidak patut pula kerana mereka ini memang patut ‘diajar’ dan ‘ditegur’. Saya tidak nafikan anak-anak muda sekarang (saya pun muda juga tetapi ada yang lebih muda daripada saya!) memang advanced dan tidak tahu takut pun. Dahulu waktu saya mula bertatih untuk jadi penulis dan berusaha menempatkan karya di media, saya cukup gentar dengan orang yang berjawatan editor. Kalau hendak mengarang Maklumlah hendak hantar Tetapi malangnya, remaja hari ini main hentam keromo sahaja menghubungi editor melalui e-mel dan melontar soalan sesedap rasa. Langsung tidak pandai beri salam, tidak beri nama penuh dan tidak tahu menggunakan kata hormat. Ini salah satu e-mel yang saya terima baru-baru ini: Daripada: ....@yahoo.com>
salam.. nk tanye 1) mcamne cara nk htr karya? 2) majalah mane yang sesuai utk htr karya spt puisi,sajak? TQ.. Kebetulan e-mel ini dikirim ke alamat e-mel rasmi, yang hanya saya buka seminggu sekali. Jadi, saya memang tidak dapat memberi respons dengan segera. Dua hari selepas e-melnya tiba (dan belum dapat reaksi daripada saya), sampai satu lagi e-mel daripada pengirim yang sama: From: …@yahoo.com nape x reply........ Dalam hati, saya rasa hendak tergelak juga dengan gelagat kebudak-budakan begini. Tetapi selepas itu, saya rasa hendak marah dan ‘menyampah’. Tidak pastilah saya sama ada si pengirim ini remaja belasan tahun, remaja 20-an atau si tua bangka yang perasan muda. Tetapi nama gelaran pada e-melnya dan bahasa yang digunakan - begitu biasa di kalangan anak remaja belasan tahun. Kalau adik-adik saya atau anak-anak saudara saya berbahasa begini, sudah lama saya tujal kepalanya. Hendak kata ibu bapa tidak pandai mendidik, tidak patutlah pula kerana semua ibu bapa mahu anak-anaknya berbudi bahasa. Hendak kata cikgu tidak pandai mengajar, marahlah pula cikgu-cikgu nanti kerana semua guru pasti akan bangga dengana anak didik yang bijak. Jadi, salah siapa ya sebenarnya? |
| Leave a Comment: |